Sunday, June 24, 2012

Mael Lambong (2012)

Mael Lambong : Filem Tangkap Muat Lagi...

Yahoo! Movies Rating: tak dok!

Pengarah:

Ahmad Idham

Pelakon:

Zizan
Juliana Evans
Taiyudin Bakar
Shenti Feliziana

Aku suka tengok filem, memacam filem aku tengok, filem orang putih, filem cina, filem india, filem perancis, filem arab, filem jepun, filem korea dan kalo nak di panjang cerita, banyak lagi lah jadinya.

Jadi aku harap statement aku ni tak menyakitkan hati sesapa.

cerita Mael Lambung ni... OK o KO laaa... ada masa best, ada masa meremang bulu tengkok tengok lakonan pelakon-pelakon dalam cerita ni, dah tu kengkadang jalan cerita dia pun macam.... mmmm... jangan marah arr... kureng tahap tembikai tawar. apa la Ahmad Idham ni...  haiiiihhhh....

bukan nak kata filem kita tak best, filem orang lain best, sebab kalo kita dah tengok macam2 cerita kita tau yang sesungguhnya banyak cerita orang lain pun tak best, ada yang sampai tahap macam toot pun ada, tapi... tapi... secara peribadi, tak banyak lagi filem kita yang buleh sampai tahap Wow!! dan cerita Mael Lambong ni adalah satu daripadanya.

banyak lagi pelakon-pelakon kita yang hanya sekadar pandai berlakon, belum pandai membawak watak atau menjiwai watak. sesetengah karekter tu nampak FAKE gila babas. bwueeek!!

cheh! macam la aku terer berlakon, kata anak mak cik sebelah rumah aku.. meme ar aku tak pandai belakon tapi... aku pandai menonton... muhuhahahahahahahahahahaha :P

tapi, aku berani puji la industri filem kita la ni sebab ada yang dah berani amik risiko keluar modal lebih untuk menambah baik kualiti filem kita dan aku nak puji jugak sebab ramai dah pelakon2 kita sekarang yang mula develop skil lakonan diorang, mekassseeeeyyy!!




tapi kengkawan, ingat lah! cerita ni cerita ala komedi jadi tak payah la nak beratkan kepala pikirkan kualiti lakonan atau penyampaian cerita, apa yang penting? enjoy!!!

Mael Lambong(Zizan), kisah dia pasal tukang tarik kereta yang tak makan rasuah. yaaaa... jilat pun tidak! sangat terpuji si Mael Lambong ni, tak macam "nongkreng krong krang" yang ada kat malaysia ni, tak payah bagi, mintak lagi ada... ptuuiiihhh!!! hampaih tahap najis nyamuk.

OK, nak dijadikan alkisah, satu hari ni ada satu awek cun nama Maria (Juliana Evans) masuk kereta dia, suruh si Mael jalan cepat2 sebab ada orang nak bunuh dia. lari punya lari sampai la Terengganu,( negeri kesukaan aku wooohooo!!!!).

dah balik kampung dia ni mula la rasa aman sikit tapi terjumpa la pulak dengan buah hati lama... dah terbayang pulak kisah cintan lama namun malangnya, buah hati lama dia ni dah berpunya. kepunyaan satu mamat hitam tak berapa manis bernama Tiger yang pakai baju Harimau Malaya.

Tiger jeles, gaduh sikit sikit pastu orang yang buru awek cun nama Maria tadi pun jumpak diorang balik, dah gaduh lagi, tahap tembak-tembak la pulak.

Apa pun, untuk yang minat cerita macam kapoww tak pun cerita arahan Ahmad Idham dan yang sewaktu dengannya, anda pasti terhibur dengan cerita ni.

sekian mekassseeeeyyyy....

!^_^


No comments:

Post a Comment