Saturday, April 18, 2009

> Coming Soon (Thai)

Genre : Drama
Klasifikasi: 18PL
Tempoh: 113 minit
Online Rating: B -

Pelakon:
Chantawit Tanasaewe, Worakan Rojanawat

Ulasan:

sesuai untuk orang2 yang tak takut2 nak tengok cite seram, sesapa yang suka cite antu siam ke cite antu melayu ke cite antu korea ke tersangatlah sesuainya tengok cite neh. pasti menghantui setiap penonton, kalo berani, tengok ah!

p/s- eden tak berani !^_^

moral cite neh! jangan bawak kamera masuk wayang. jangan curi wayang buat VCD lanun. dan banyak lagi moral2 yang sewaktu dengannya.

!^_^

"support jambulism"

> Paul Blart: Mall Cop (Omputeh)

Genre : Komedi
Klasifikasi: U
Tempoh: 91 minit
Online Rating: B -

Pelakon:

Dylan Clark Marshall, Erick Avari, Keir O’Donnell, Kevin James

Ulasan:
cite lawak terkini dari seberang laut (yang sangat jauh). peminat2 afdlin syauki tak patut tak tengok cite neh, dikategorikan sebagai lawak bersih, sesuai la sesangatnya untuk tontonan famili.

cite dia pasa sorang pak guard yang sangat serius dengan tugas dia. cita2 dia nak jadi polis, tapi malangnya tak mampu maka jadi sekeriti gad pun jadilah tapi sebab dia berjiwa polis maka dia dah jadi macam polis gad. cerita dia lawak. kena tengok dengan hati yang terbuka sebab kekadang tu ada la lawak dia yang agak2 bodoh tapi percayalah, budak2 mesti suka dan pengakuan eklasnya, saya sebagai orang tua pun suka jugak :P

!^_^

> Crossing over (omputeh)

Genre : Drama
Klasifikasi: 18PL
Tempoh: 113 minit
Online Rating: B -

Pelakon:
Ashley Judd, Harrison Ford, Ray Liotta, Sean Penn

Ulasan:

filem neh sesuai untuk orang orang yand suka cite banyak cakap, kurang aksi, menghiburkan pada sesapa yang minat cite Babel ataupun cite Crash.

cite dia pasal pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pegawai imigresen, yaaahhh, jangan pelik! kat US pun ada cite pasal pendatang tanpa izin gak, bukan kat Malaysia je... cite dia pasal kisah-kisah memacam pengalaman hidup PATI yang nak dapat permit duduk kat US. cite dia jadi lebih menarik sebab pengarah dia Wayne Kramer dulu pun pendatang tanpa izin gak, jadi banyak lah realistisiti dalam cite neh.

pelakon2 dia banyak yang bagus jadi walaupun drama, cite neh tetap menghiburkan. sesuai untuk bakat2 terpendam industri filem negara untuk mendalami teknik2 penguasaan karekter pada tahap internasional..

kat bawah neh lori kontena dia..

kesian rahap lakmum!

Friday, April 10, 2009

> He's Just Not That Into You (Omputeh)

Genre : Komedi
Klasifikasi: 18PL (baru)- so jangan gegatal nak bawak budak kecik tengok cite neh!
Tempoh: 120 minit
Online Rating: A

Pelakon

Ben Affleck, Drew Barrymore, Jennifer Aniston, Jennifer Connelly, Justin Long, Scarlett Johansson

Ulasan

pelakon dia ramai yang best best, pada aku cite ni beh ah, kepada sesapa yang berjiwa sinis dan romantik cam aku sesangat la sesuainya menonton cite neh, nak kata jiwang, tak la jiwang sangat, nak kata tak jiwang takde la tak jiwang sangat so macam Mohd Pendek kawan aku kata, sedang2 elok laaa....hiburan umum

tengok rating dia kat atas tuh, ramai yang dah tengok kata beh, so apa lagi, marilah membestkan diri sendiri di hehujung minggu dan waktu2 yang semasa dengannya.

neh lori kontena dia kat bawah neh!

sila skrol ke kanan dan ke bawah sket, haaa tu ada link TGV ngan GSC kat bawah tu, gi booking tiket cecepat.

!^_^

"support jambulism"

film movies entertainment teenage boys men girl fun weekend thriller action coming soon review actor actress acting cinema games video dvd music travel money income business shirt phone education online buying shopping guide women loan car mobile shoes watch jewelery cosmetic opportunities idea adsense nuffnang asia malaysia handphone anime comic forex trading degree

> The Queen of Langkasuka (Thai)

Genre : Aksi/Fantasi
Tempoh: 121 minit
Online Rating: B-

Pelakon
Ananda Everingham, Jarunee Suksawat, Sorapong Chatree

Ulasan

sesapa yang nak tengok cite ni kena terima hakikat yang sebenarnya orang melayu pandai cakap siam, nak tau apesal? hah kena ah tengok cite neh! :P

hikayat melayu yang di siamkan. sesapa yang SPM dia tak fail sejarah mesti tahu benda neh.

cite neh tak sesuai untuk orang yang sukakan aksi realiti cam Bourne trilogi sebab cite neh cite fantasi.

silalah tenung trailer movie neh untuk seketika dan tanya hati nak tengok ke tanak sebab kalo tanya minda, minda akan kata tak payah buang masa tengok wayang, duduk rumah potong rumput lagi bagosss!!!

hahah! beh kan? mamat tukang sihir laut tu nama dia Pari, awek2 queen tu nama dia ada kaitan ngan kaler, kebarangkalian? hahahaha...aku pong tak tahu...

sekian wassalam.

!^_^

"support jambulism"

film movies entertainment teenage boys men girl fun weekend thriller action coming soon review actor actress acting cinema games video dvd music travel money income business shirt phone education online buying shopping guide women loan car mobile shoes watch jewelery cosmetic opportunities idea adsense nuffnang asia malaysia handphone anime comic forex trading degree

> Jangan Tegur (Melayu)

Genre : Seram
Tempoh: 83 minit
Online Rating: B

pelakon
Almy Nadia, Ellie Suriati, Julia Ziegler, Nadia Mustafar, Pierre Andre

ulasan

satu lagi cite momok tempatan, hihihihihihi....gigit tengkok dia...hihihihihi

sesapa yang minat cite antu seram, kena tengok cite neh, sebab percayalah, cite antu asia lagi mengtakutkan berbanding cite antu omputeh!

cite dia pasal satu awek neh yang sedar lepas koma sebab eksiden dan buleh tengok antu...dan yang lagi menakutkan cite neh dikategorikan (U) bermakna kita buleh bawak budak kecik tengok cite neh...wuhuhuhuhu seram wooo....

neh, trailer dia kat bawah neh!

wuhuhuhuhu...takut wooo...

kalo berani tengok ah!

!^_^

"support jambulism"

film movies entertainment teenage boys men girl fun weekend thriller action coming soon review actor actress acting cinema games video dvd music travel money income business shirt phone education online buying shopping guide women loan car mobile shoes watch jewelery cosmetic opportunities idea adsense nuffnang asia malaysia handphone anime comic forex trading degree

Monday, April 6, 2009

> Setem - akan datang!!

first time aku buat post untuk filem akan datang tapi aku tak kira, aku nak buat jugak.

filem mesti tengok tahun ni, kemestian tahap ultraman (tahap tertinggi, lagi tinggi dari tahap kesatria baja hitam dan tahap gaban)

neh! lori kontena (trailer) dia kat bawah neh!

tengok jangan tak tengok!!

sekian,

!^_^

"support jambulism"

film movies entertainment teenage boys men girl fun weekend thriller action coming soon review actor actress acting cinema games video dvd music travel money income business shirt phone education online buying shopping guide women loan car mobile shoes watch jewelery cosmetic opportunities idea adsense nuffnang asia malaysia handphone anime comic forex trading degree

Sunday, April 5, 2009

> The Shinjuku Incident (2009)

Genre : Aksi/Drama
Tempoh: 110 minit
Yahoo Rating: tak dok! tapi best ah!

Pelakon
Daniel Wu, Fan Bingbing, Jack Kao, Jackie Chan, Lam Suet, Masaya Kato, Xu Jinglei

Ulasan

abang Jackie kembali lagi...tat tadadat taaaa...

untuk pembenci2 abang Jackie jangan lepaskan peluang tengok cite neh, sebab kali neh abang Jackie berlakon dengan cemerlangnya, bukan setakat beraksi semata2, berlakon, saya ulang...berlakon!

cite dia pasal satu mamat cina gi Jepun utk cari ex-awek dia pastu dia dapat tau ex dia tu da kawin ngan Yakuza jadi dia pun bercita2 jadi Yakuza gak, cite dia gengster abis ah, sesapa yang suka tengok cite Andy Lau, the Protege mesti tengok cite neh, cite dia cukup detail. kepuasan menonton tahap maksimas!

huhuhuhu, cite gangster...teringat zaman young and dangerous dulu tapi background cite neh lebih pada cite Yakuza (kongsi gelap Jepun) dah dekap sama level mafia la...beh wooo...

sekian harap maklum

!^_^

"support Jambulism"

film movies entertainment teenage boys men girl fun weekend thriller action coming soon review actor actress acting cinema games video dvd music travel money income business shirt phone education online buying shopping guide women loan car mobile shoes watch jewelery cosmetic opportunities idea adsense nuffnang asia malaysia handphone anime comic forex trading degree

> Fast & Furious 4 (2009)

Genre : Aksi
Tempoh: 110 minit
Yahoo Rating: A-

Pelakon
Jordana Brewster, Michelle Rodriguez, Paul Walker, Vin Diesel

Ulasan

gabungan semuala hero asal cite neh, Vin 'botak' Diesel ngan Paul ' budak baik' Walker.

cite neh cam sambung balik kisah lepas cite yang memula dulu.

ada rompak2 kontena, ada sket sket macam aktiviti rekreasi diaorang dlm cite memula dulu ah, pada aku sesapa yang suka tengok cite racing keta, patut tengok cite ni. kalo tak tengok kira tahap patut potong jari ah, nyesal tak sudah dan sekali lagi jangan sesiakan nikmat cite neh ngan tengok cite CD pirate..tindakan sesia tahap raksaksa gorgon (tahap paling sesia sekali dalam hidup)

keta2 power...awek2 cun pergghh, aksi race termarveles abad ini!! cepat gi TGV online ke GSC online ke booking tiket skang!

tengok jangan tak tengok!

!^_^

"support jambulism"

film movies entertainment teenage boys men girl fun weekend thriller action coming soon review actor actress acting cinema games video dvd music travel money income business shirt phone education online buying shopping guide women loan car mobile shoes watch jewelery cosmetic opportunities idea adsense nuffnang asia malaysia handphone anime comic forex trading degree

Sunday, March 29, 2009

> talentime (2009)

Genre : Komedi/ Drama / Jiwang
Tempoh: 124 minit
Yahoo Rating: tak dok!

Pelakon
Jaclyn Victor, Mahesh Jugal Kishor, Mohammad Syafie, Pamela Chong

Ulasan

latar belakang cerita berkisarkan satu program cari bakat yang pada akhirnya jadi program cari pasangan....ahaaaak! (gaya sebutan cam cite the nanny)

sesapa yang suka cite Yasmin Ahmad patut tengok cite neh! banyak bakat2 baru yang lakonan diorang bleh tahan la, fresh.

cite2 Pn Yasmin neh banyak berkisarkan kehidupan la dan pada aku cite2 dia tak la tipikal cam kebanyakan cite2 melayu, ada banyak realistisiti (fuuyoh! ayat tak penah dengar neh!) dalam penyampaian dia.

untuk sume, moh le kita sapot cite2 melayu dari pengarah2 berkualiti cam Yasmin Ahmad neh!

"majulah wayang untuk semua!"

sekian, harap amik perhatian!

!^_^

"support Jambulism"

film movies entertainment teenage boys men girl fun weekend thriller action coming soon review actor actress acting cinema games video dvd music travel money income business shirt phone education online buying shopping guide women loan car mobile shoes watch jewelery cosmetic opportunities idea adsense nuffnang asia malaysia handphone anime comic forex trading degree

Saturday, March 21, 2009

> Taken (2009)

Genre : Aksi/Saspens (?)
Tempoh: 96 minit
Yahoo Rating : A-

Pelakon:
Liam Neeson, Maggie Grace, Leland Orser

Ulasan:

minggu neh adalah minggu untuk cite spy dan aksi, memula tengok poster cite neh macam tak best je (sebab hero dia nampak tua) tapi...sesungguhnya ia amat lah memeranjatkan. cite neh lagi best dari cite The International!

aksi, penyampaian di garap marveles buat sume orang tak sabar nak tengok apa yang jadik lepas satu satu scene tuh.

tengok kat atas tu...haaa... yahoo user rating dia A-, memang wajib kena tengok.

"aku tak tau sapa kau, tapi kalo ko tak lepaskan anak pompuan aku, aku akan carik ko dan aku akan bunuh ko!"

tagline cite neh! wuuu...gerun wooo...

hero neh kira cam agen @ spy yang dah bersara la, tapi bila anak pompuan dia yang gi jalan2 kat paris kena tangkap ngan sindiket seludup orang dan pelacuran, dia gi situ carik anak dia dan sebab dia bekas spy maka dia ada memacam skil best ah...pendek kata, cite neh memang best.

sesapa yang suka tengok cite Bourne Trilogy dan cite James Bond patut tengok cite neh, pasti tak nyesal.

hait! yuroshiku onegai shimas!

!^_^

"support jambulism"

film movies entertainment teenage boys men girl fun weekend thriller action coming soon review actor actress acting cinema games video dvd music travel money income business shirt phone education online buying shopping guide women loan car mobile shoes watch jewelery cosmetic opportunities idea adsense nuffnang asia malaysia handphone anime comic forex trading degree

Wednesday, March 18, 2009

> The International (2009)

Genre : Aksi/Pengembaraan
Tempoh: 118 minit
Yahoo Rating : B-

Pelakon:
Clive Owen, naomi Watts, Armin Mueller-Stahl, Ulrich Thomsen, Bryan O Byrne

Ulasan:

kenapa kena tengok cite neh? kenapa tidak? ada naomi watts pastu naomi watts, hmmm...pastu naomi watts dan last sekali naomi watts pun ada jugak!

haaa...cukup sebab ke tak cukup, cukup la tu kot...

cheh! tak cukup jugak, okeh! marilah kita cuba nilai dan lihat dari beberapa perspektif lain pula (woohooo! chek gu, chek gu ada salah tatabahasa tak?)

lakonan diorang kira bagus la dan sebab plot cite dia neh kategori fresh (teori baru tentang globalisasi dunia moden), jadi cite neh jadi menarik, bayangkan satu bank multinasional yg banyak duit tahap raksasa gorgon kawal dan manipulasi ekonomi dan politik negara2 yg ada kat bumi yang ku cintai ini. sampai tahap, orang dah tahu lama pun tak bleh nak buat pape, siap ada upah misi2 haram untuk buat memacam benda asalkan objektif dia tercapai.

dalam cite neh si polan A (hero aka clive owen - tak penting pada aku) sorang spy interpol dan heroin termarveles kat bumi neh, ms naomi watts sorang loyer cuba nak jatuhkan bank ni dan bawak ke muka pengadilan. satu ambisi yg sangat hebat.

cite dia sangat menarik, plot dan latar belakang lokasi yang hebat (malas nak cite kat mana, tapi menarik la), cite dia laju, kejap kesini kejap kesitu dan sangat sesuai untuk pemikir pemikir agung (macam aku muhuhahaha).

sapa yg suka bourne trilogy dan buku buku Grisham mesti tengok cite neh, sangat2 disyorkan.

huh penat! cam banyak je aku tulis so tak yah la nak buat kata2 penutup...babai

!^_^

"support jambulism"

film movies entertainment teenage boys men girl fun weekend thriller action coming soon review actor actress acting cinema games video dvd music travel money income business shirt phone education online buying shopping guide women loan car mobile shoes watch jewelery cosmetic opportunities idea adsense nuffnang asia malaysia handphone anime comic forex trading degree

Monday, March 16, 2009

> Seven Pounds (2008)

Genre : Drama
Tempoh: 123 minit
Yahoo Rating : B+

Pelakon:
Will Smith, Rosario Dawson, Woody Harrelson, Michael Ealy, Robinne Lee

Ulasan:

Tujuh paun, yep! tujuh paun air mata yang pasti meleleh, cite ni sedih wooo....
kalo sesapa yang rasa hidup dia tersangatlah hepinya, pegi lah tengok cite neh, pasti terubat kegembiraan anda. saya yakin 200 persen.

En. Tukang (smith), sepastinya marveles lakonan dia, tak yah nak pertikai lagi dah, cite neh lebih mengembang kuncupkan hati anda berbanding cite hmmm....apa tajuk hepines tuh? ah! de persut of hepines...isk isk isk, terubat jugak kegembiraan saya...

cite dia pasal mamat kebanyakan tukang kutip duit hasil (cam pegawai LHDN la) pernah pada satu masa dalam hidup dia buat tujuh kesilapan yang pada dia besaq ah! jadi dia buat keputusan nak buat tujuh kebaikkan ala kenkonon nak tebus salah dia la tuh, dan dalam proses tebus dosa ni la memacam peristiwa menyayat ati berlaku...isk isk sedih woo...

keseluruhannya, cite neh layannn!! tapi kurang sesuai untuk peminat berus wilis dan filem2 'mati keras' (die hard) beliau kerana anda pastinya akan mati keras melayan drama sebegini. sapa yang suka tengok 'gud wil hanting', erin brokovich, 'fores gamp' tak bleh lepaskan cite neh, mesti tengok tahap kesatria baja hitam (tinggi sket dari tahap gaban)

sekian tuan2 dan puan2 sekalian.

!^_^

"support jambulism"

film movies entertainment teenage boys men girl fun weekend thriller action coming soon review actor actress acting cinema games video dvd music travel money income business shirt phone education online buying shopping guide women loan car mobile shoes watch jewelery cosmetic opportunities idea adsense nuffnang asia malaysia handphone anime comic forex trading degree

Sunday, March 15, 2009

> Race to Witch Mountain (2009)

Genre : Aksi/Fantasi/Kanak2
Tempoh: tak tau, tak la lama sangat.
Yahoo Rating : A+

Pelakon:
Dwayne 'de batu' Johnson

Ulasan:

Sesuai untuk tontonan famili, cite pasal bebudak alien yang power gila sesat ke bumi dan dalam proses nak cari jalan utk balik ke planet diorang terperangkap dengan episod dikejar dan mengejar orang jahat.

efek khas hebat, lakonan...hmmm... alah! cite disney, layan la jugak.

so pada bapak bapak dan ibu ibu ceriakanlah anak2 anda dengan menonton wayang neh, tolong ambik nota yang yahoo! rating filem neh adalah A+, jadi mungkin filem ni mampu menarik minat golongan selain bapak2 dan ibu2 jugak.

sekian wakarimastak!!

film movies entertainment teenage boys men girl fun weekend thriller action coming soon review actor actress acting cinema games video dvd music travel money income business shirt phone education online buying shopping guide women loan car mobile shoes watch jewelery cosmetic opportunities idea adsense nuffnang asia malaysia handphone anime comic forex trading degree

Friday, March 13, 2009

> Dragonball Evolution (2009)

Genre : Aksi/Fantasi
Tempoh : tak tau, tak la lama sangat.
Yahoo Rating : takde lagi

Pelakon:
Justin Chatwin, James Marsters, Jamie Chung. Emmy Rossum, Chow Yun-Fat

Ulasan:

Awas! filem ni tak sesuai sangat untuk kipas susah mati DBZ, kalo gi wayang untuk tengok cite goku macam anime dia di nasihatkan jangan pegi, kekecewaan menanti dan takut takut cemuhan memburai. banyak jugak perubahan/ketidaksamaan pada ciri-ciri fizikal karekter tapi sikap masing2 masih lagi mirip (mirip la jugak) karekter asal DBZ. storyline pun banyak berubah

kalo nak tengok jugak cite ni, kena pegi dengan kepala yang terbukak, jangan predict apa-apa just enjoy the cerita. enjoy ke'marvelous'an efek khas dia dan yang paling kena tengok, camne pil kapsul buleh tukar jadi benda2 lain, woohoo! mengkagumkan.

dan untuk pengetahuan umum jugak, pengarah cite neh adalah james wong ala...mamat yang selalu buat cite2 jet li tu la...huh! tak kenal? tak kenal sudah, ada aku pedulik? muhuhahahaha...

dan untuk pengumuman umum lagi jugak, produser cite ni adalah stephen chow...ala..kung fu hustle, cj7 bla bla bla...hah! tau...heheh bagoosss... tapi... ada aku pedulik!? muhuhahahaha...

jadi kesimpulan dari pengumuman di atas, cerita ni bolehlah di katakan sebagai tak mengecewakan kepada orang awam malah menghiburkan lagi adanya, hanya agak mengecewakan kepada kipas susah mati DBZ sahaja....

sekian harap maklum,

astalavista bebeh!

film movies entertainment teenage boys men girl fun weekend thriller action coming soon review actor actress acting cinema games video dvd music travel money income business shirt phone education online buying shopping guide women loan car mobile shoes watch jewelery cosmetic opportunities idea adsense nuffnang asia malaysia handphone anime comic forex trading degree

Tuesday, March 10, 2009

> Valkyrie (2009)

Genre : Aksi/Drama/Thriller
Tempoh : 120 minit
Yahoo Rating : B

Pelakon:
Tom Cruise, Kenneth Branagh, Bill Nighy, Tom Wilkinson

Ulasan:

masa zaman nazi dulu, jangan ingat Hitler neh disanjug sume rakyat dia, sama gak macam mana2 negara lain, tak sah kalo takde pembangkang atau penentang di kalangan rakyat sendri. bezanya German masa ni dgn masa kita sekarang, penentang tak berani bangkang depan depan.

Kolonel Claus Von Stauffenberg (Cruise), pegawai tinggi tentera neh tapi sebenarnya dia ni berhaluan kiri. cerita ni pasal Claus benci kat Hitler sampai tahap wajib bunuh Hitler, cerita jadi best sebab zaman ni, bangkang sket je terus mati. dia kena menyamar suka hitler, pastu kena rapat ngan hitler pastu baru buleh bunuh dia, susah woooo...

walaupun pak cik Tom neh fames cite aksi je tapi tak macam Arnold Susahnakheja, dia ni pandai belakon jadi tak kecewa punyalah, pada aku, jalan cerita marvellous dan memandangkan pengarah cite ni adalah mamat Bryan singer (Superman, Xmen bla bla bla), aku percaya penyampaian cite dia pun marvellous gak.

jadi pesan aku pada sekalian alam, marilah kita mengkayakan panggung wayang.

muhuhuhahahahahaha....

film movies entertainment teenage boys men girl fun weekend thriller action coming soon review actor actress acting cinema games video dvd music travel money income business shirt phone education online buying shopping guide women loan car mobile shoes watch jewelery cosmetic opportunities idea adsense nuffnang asia malaysia handphone anime comic forex trading degree

> Marley & Me (2009)

Genre : Komedi Romantis
Tempoh : 115 minit
Yahoo Rating : B+

Pelakon:
Owen Wilson, Jennifer Aniston

Ulasan:

malas aku nak cerita panjang, tapi ketahuilah wahai sahabat2 ku, tak kira la macam mana sekalipun cerita dia, memadailah dengan mengetahui yang pelakonnya adalah sepertimana yang tertera di atas....

woohooo!! lagi sekali, woohoo!!

jangan buang masa tunggu beli dvd pirate nak tengok kat umah, sesungguhnya itu adalah amalan setan!

hahaha lagi satu, kalu rumah tu ada LCD tv skrin 50 inci dan keatas aku tak heran la tapi kalo setakat 21 inci, gi la tengok kat wayang, nekmat dia lain wooo....fuh! tangkap leleh woo...

tengok jangan tak tengok.

film movies entertainment teenage boys men girl fun weekend thriller action coming soon review actor actress acting cinema games video dvd music travel money income business shirt phone education online buying shopping guide women loan car mobile shoes watch jewelery cosmetic opportunities idea adsense nuffnang asia malaysia handphone anime comic forex trading degree

Monday, March 9, 2009

> Geng: Pengembaraan Bermula (2009)

Genre : Animasi
Tempoh : 95 minit
Yahoo Rating : tak dok! tapi best ah!

Pelakon:
Upin, Ipin and the gang

Ulasan:

cite ni mula bila Rajoo jumpe sekor menatang kiut dalam utan kat kampung diaorang, pastu tetiba menatang kiut rahsia tu bertukar jadi ular besar dan ular besar ni lak jadi macam raja hutan la perintah sume menatang2 utan lain dan mereka pun hidup aman bahagia...sekian

heheh! allamak! kantoi, penyataan di atas cuma 2% je betul ahahaha, kantoi tak tengok lagi muhuhahahaha...

pendek kata, kalo dah ada budak2 ni, kisah lalat dalam rumah pun buleh jadi aksi paling menarik abad ini, inikan pulak haiwan2 ternama dan mashur, bayangkan jelah, yang pastinya peminat upin & ipin tak boleh lepaskan cite nih, mesti tengok tahap gaban punya.

sekalung tahniah buat Les Copaque Production sebab pada aku animasi neh dah cecah tahap internasional la, ini pasti jadi satu titik tolak penting dalam industri animasi negara...

again, good job guys!

!^_^

film movies entertainment teenage boys men girl fun weekend thriller action coming soon review actor actress acting cinema games video dvd music travel money income business shirt phone education online buying shopping guide women loan car mobile shoes watch jewelery cosmetic opportunities idea adsense nuffnang asia malaysia handphone anime comic forex trading degree

> watchmen (2009)

Genre : Aksi/Fantasi
Tempoh : 163 minit
Yahoo Rating : B-

Pelakon:
Malin Akerman, Billy Crudup, Matthew Goode, Carla Gugino, Patrick Wilson

Ulasan:

satu kisah adaptasi komik yang mungkin (sangat) ramai antara kita yang tak pernah dengar. berlatar belakangkan US tahun 1985 + dunia alternatif penuh dengan superhero.

163 minit! cerita dia lebih lama dari cerita hindustan. walaupun karekter cerita berasaskan imaginasi kekomikkan tapi amazingly, jalan cerita dia realistik.

kisah mula bila sorang hero neh dapat tau sorang bekas team member dia kena bunuh, bila dia siasat dia dapat tau satu plot utk bunuh sume superhero2 yang ada, dia join balik ngan beberapa lagi ex-superhero yang lain untuk selesaikan misteri pembunuhan tapi makin dalam diorang korek, makin besar kospirasi yg diorang jumpa.

bukan setakat cerita superhero tipikal yang selalu kita tengok, tapi nak kata sehebat Dark Knight tak la juga tapi hebat dia lain. pada aku, cite ni mesti kena layan kalo tak, tak sempurna hidup.

sekian, arigato gozaimas.

film movies entertainment teenage boys men girl fun weekend thriller action coming soon review actor actress acting cinema games video dvd music travel money income business shirt phone education online buying shopping guide women loan car mobile shoes watch jewelery cosmetic opportunities idea adsense nuffnang asia malaysia handphone anime comic forex trading degree

> Street Fighter: The Legend of Chun Li (2009)

Genre : Aksi
Tempoh : 97 minit
Yahoo Rating : C+

Pelakon:
Kristin Kreuk, neal McDonough, Chris Klein, Michael Clark Duncan, Moon Bloodgood

Ulasan:

untuk kengkawan yang kecik2 dulu suka lepak kedai game 20 sen, pasti ini sesuatu yg amat mengembirakan. kisah game ni di moviekan dengan effect yang lebih realistik dari movie2 sebelum neh.

...dan heroin dia kristin kreuk (kreyok) dari smallville..woohoo! jalan cite biasalah pasal chun li la, dah tajuk dia camtu, walopun tak sume karekter game tu ada dalam cite ni tapi bagi aku, kira layan lah.

:3

film movies entertainment teenage boys men girl fun weekend thriller action coming soon review actor actress acting cinema games video dvd music travel money income business shirt phone education online buying shopping guide women loan car mobile shoes watch jewelery cosmetic opportunities idea adsense nuffnang asia malaysia handphone anime comic forex trading degree

> Changeling (2008)

Genre : Drama/Thriller (BM-Pengejut?)
Tempoh : 141 minit
Yahoo Rating : A-

Pelakon:
Angelina Jolie, Amy Ryan, John Malkovich, Jeffrey Donovan, Riki Lindhome

Ulasan:

Filem arahan Clint Eastwood tentang seorang ibu yang anaknya diculik, setelah sekian lama mencari dan berdoa satu ari dia jumpa balik anak dia. lakonan mantap, Mrs Pitt pun mantap gak, minah ni buleh tahan la lakonan serius dia bukan setakat gedik seksi semata-mata.

cita dia mula jadi terkejut (thrill) bila dia mula syak yang budak yang dia ingat anak dia tu, bukan anak dia, ada something pelik, sesuatu yang mengejutkan jejejeng!

sama2 kita ke pawagam terdekat muhahahaha, ah lupa! cite ni berdasarkan kisah benar yang berlaku di Los Angeles pada tahun 1920 jejejeng.

film movies entertainment teenage boys men girl fun weekend thriller action coming soon review actor actress acting cinema games video dvd music travel money income business shirt phone education online buying shopping guide women loan car mobile shoes watch jewelery cosmetic opportunities idea adsense nuffnang asia malaysia handphone anime comic forex trading degree

> Burn After Reading (2008)

Genre : Komedi
Tempoh : 95 minit
Yahoo Rating : C+

Pelakon:
George Clooney, Brad Pitt, Tilda Swinton, John Malkovich, Frances McDormand

Ulasan:

satu lagi projek 'kepala gila' Clooney dengan Pitt, macam kes Ocean eleven dulu lah tapi cerita nih kureng action sket (sangat), macam drama la tapi macam orang putih suka kata witty dan unexpected, lakonan - gred A, cerita - okla...

kisah bermula bila sorang pegawai CIA yang diberentikan tercicir memoir (macam diari la kurang lebih) dan dijadikan cerita jatuh ke tangan dua orang pekerja Gym yang ditakdirkan kurang bijak la sket hidup diorang (sebab tu la diorang keje Gym dan bukannya jadi loyer). dan dengan kekurang bijaksaan diorang tu diaorang decide nak ugut mamat CIA (ex-) tu dengan maklumat yang ada kat memoir dia tuh dan dari situlah kisah neh mengakibatkan agensi perisikan US neh goyang lalu cuba mengambil langkah bijak diarang utk menghapuskan 2 orang yang kurang bijak neh.

pada aku, cite neh kureng best tapi lakonan tak perlu dipertikai, tengok la kalo nak tau lebih.

skian mekasih

film movies entertainment teenage boys men girl fun weekend thriller action coming soon review actor actress acting cinema games video dvd music travel money income business shirt phone education online buying shopping guide women loan car mobile shoes watch jewelery cosmetic opportunities idea adsense nuffnang asia malaysia handphone anime comic forex trading degree

> Billu Barber (2009)

Genre : Komedi
Tempoh : 138 minit
Yahoo Rating : tak dok!

Pelakon:
Shah Rukh Khan, Irrfan Khan

Ulasan:

Cerita berlatar belakangkan India masa kini. Billu, sorang barber kampung hidup serba sederhana dan sebab pendapatan dia biasa2 je gaya idup dia pun biasa jelah takdelah nak ngikut sangat trend2 popular masa kini. Ditakdirkan lah ada satu ari tu ada orang nak datang kampung dia nak shoot movie, kena la pulak hero movie tu kawan baik si Billu masa skolah dulu, terus glamer member, yelah kawan superstar beb! tapi sebab Billu ni adalah Billu, dia macam insecure sket, segan je nak jumpa member dia (si superstar tuh), kena pulak ntah si super star tu kenal dia lagi ke tak dia pun tak tau tapi sume orang kat kampung tu macam desak dia la pulak suh jumpe ngan member dia tu.

atas desakan dan terdesak dia cuba la jugak dan macam2 aksi menarik berlaku masa ni tapi hasilnya tak berjaya gak nak jumpa lastly dia give up. ditakdikan ceritanya orang kata dia menipu, orang kata dia tak kenal pun superstar tu, tp sebab nak glamer dia kata dia kenal, kena kutuk sampai malu sume sedara mara...

...dan sebab cite dia 138 minit maka tahulah yang sesungguhnya banyak benda lagi berlaku slepas neh, tapi sebab apa yang aku tulis neh adalah review maka dengan segala hormatnya silalah tengok cerita dia utk maklumat lanjut.

sesuai utk penggemar cerita hindi dan peminat2 dato' Khan, sedih, pilu, heppi, teruja sume ada dlm cite neh.

film movies entertainment teenage boys men girl fun weekend thriller action coming soon review actor actress acting cinema games video dvd music travel money income business shirt phone education online buying shopping guide women loan car mobile shoes watch jewelery cosmetic opportunities idea adsense nuffnang asia malaysia handphone anime comic forex trading degree

> Bride Wars (2009)

Genre : Komedi
Tempoh : 90 Minit
Yahoo Rating : B+

Pelakon:
Kate Hudson, Anne Hathaway, Candice Bergen, Kristen Johnston, Bryan Green Berg

Ulasan:

Liv dan Emma, dua sahabat baik sejak kecik dan sedari kecik jugak diorang dah mengangankan detik-detik perkahwinan masing masing. Dalam senarai must-do paling atas dalam wedding list diorang ialah mesti kawin kat tempat perkahwinan paling grand abad ini, kat Hotel Plaza. skang masing2 dah umor 26 tahun dan masing2 dah nak kawin, dah sampai masa nak kabulkan angan masing2 pun dan nak dijadikan cerita, berlakulah satu kesilapan teknikal yg menyebabkan tarikh kawin diorang clash.

dan masa ni lah keakraban diorang teruji, kawan ke kawin? impian ke sahabat?

cerita dia menonjolkan sikap kompetitif antara dua orang sahabat neh, ramai kata menarik dan kelakar, cuba la tengok sendiri...

apapun, Anne Hathaway memang putih gila, pada jantan2 gatal cam aku, mesti tengok.

sekian, sesapa yang dah tengok dan nak tulis sepatah dua kata kat sini di alu alukan.