Sunday, June 24, 2012

Mael Lambong (2012)

Mael Lambong : Filem Tangkap Muat Lagi...

Yahoo! Movies Rating: tak dok!

Pengarah:

Ahmad Idham

Pelakon:

Zizan
Juliana Evans
Taiyudin Bakar
Shenti Feliziana

Aku suka tengok filem, memacam filem aku tengok, filem orang putih, filem cina, filem india, filem perancis, filem arab, filem jepun, filem korea dan kalo nak di panjang cerita, banyak lagi lah jadinya.

Jadi aku harap statement aku ni tak menyakitkan hati sesapa.

cerita Mael Lambung ni... OK o KO laaa... ada masa best, ada masa meremang bulu tengkok tengok lakonan pelakon-pelakon dalam cerita ni, dah tu kengkadang jalan cerita dia pun macam.... mmmm... jangan marah arr... kureng tahap tembikai tawar. apa la Ahmad Idham ni...  haiiiihhhh....

bukan nak kata filem kita tak best, filem orang lain best, sebab kalo kita dah tengok macam2 cerita kita tau yang sesungguhnya banyak cerita orang lain pun tak best, ada yang sampai tahap macam toot pun ada, tapi... tapi... secara peribadi, tak banyak lagi filem kita yang buleh sampai tahap Wow!! dan cerita Mael Lambong ni adalah satu daripadanya.

banyak lagi pelakon-pelakon kita yang hanya sekadar pandai berlakon, belum pandai membawak watak atau menjiwai watak. sesetengah karekter tu nampak FAKE gila babas. bwueeek!!

cheh! macam la aku terer berlakon, kata anak mak cik sebelah rumah aku.. meme ar aku tak pandai belakon tapi... aku pandai menonton... muhuhahahahahahahahahahaha :P

tapi, aku berani puji la industri filem kita la ni sebab ada yang dah berani amik risiko keluar modal lebih untuk menambah baik kualiti filem kita dan aku nak puji jugak sebab ramai dah pelakon2 kita sekarang yang mula develop skil lakonan diorang, mekassseeeeyyy!!




tapi kengkawan, ingat lah! cerita ni cerita ala komedi jadi tak payah la nak beratkan kepala pikirkan kualiti lakonan atau penyampaian cerita, apa yang penting? enjoy!!!

Mael Lambong(Zizan), kisah dia pasal tukang tarik kereta yang tak makan rasuah. yaaaa... jilat pun tidak! sangat terpuji si Mael Lambong ni, tak macam "nongkreng krong krang" yang ada kat malaysia ni, tak payah bagi, mintak lagi ada... ptuuiiihhh!!! hampaih tahap najis nyamuk.

OK, nak dijadikan alkisah, satu hari ni ada satu awek cun nama Maria (Juliana Evans) masuk kereta dia, suruh si Mael jalan cepat2 sebab ada orang nak bunuh dia. lari punya lari sampai la Terengganu,( negeri kesukaan aku wooohooo!!!!).

dah balik kampung dia ni mula la rasa aman sikit tapi terjumpa la pulak dengan buah hati lama... dah terbayang pulak kisah cintan lama namun malangnya, buah hati lama dia ni dah berpunya. kepunyaan satu mamat hitam tak berapa manis bernama Tiger yang pakai baju Harimau Malaya.

Tiger jeles, gaduh sikit sikit pastu orang yang buru awek cun nama Maria tadi pun jumpak diorang balik, dah gaduh lagi, tahap tembak-tembak la pulak.

Apa pun, untuk yang minat cerita macam kapoww tak pun cerita arahan Ahmad Idham dan yang sewaktu dengannya, anda pasti terhibur dengan cerita ni.

sekian mekassseeeeyyyy....

!^_^


Men In Black 3 (2012)



Yahoo! Movies Rating: A


Pelakon:




Will Smith
Tommy Lee Jones
Josh Brolin
Jemaine Clement
Michael Stuhlbarg
Emma Thompson


Sapa yang suka Will Smith, mesti suka tengok cerita ni tapi pada sesapa yang tak pernah tengok MIB, carik! sebab, tak best kalo tak paham karekter dalam cerita ni.

kali ni Will Smith atau Agent J kena kembali ke tahun 1969 untuk halang satu alien jahat daripada bunuh Agent K (Tommy Lee Jones).

sebab sebelum agent J balik ke masa silam, dia dengan agent K tengah buru si boris ni tap tak dapat. bila dah buntu tak tau nak carik boris kat mana K balik rumah, masa dia balik rumah tu dia lenyap.

dalam sekelip mata masa depan berubah, kat MIB, semua orang ingat Agent K mati tahun 1969 cuma agent J sorang je yang tak pikir camtu.

pastu barulah agent J dengan bos dia paham yang kekeliruan yang berlaku kat masa sekarang adalah di sebabkan oleh ada orang kacau masa silam.



OK... aku sendiri pun rasa bebelit cerita pasal time travel ni tapi aku nak mintak sume orang pikir pasal satu benda je... filem MIB (1 & 2) yang lepas buat tahun berapa? jadi bayangkan kecanggihan grafik dan kemampuan cinematography sekarang ni buat cerita sci-fi macam nih. tidak buleh tidak, musti marveles!!!

apa yang pasti, Tommy Lee Jones muda! ahahahaha... teknik perfileman terbaik!

jadi, kalau dah tak tau nak buat apa ujung-ujung minggu ni, gi la tengok wayang... pasti layan!


Abraham Lincoln: Vampire Hunter (2012)


Poster of Abraham Lincoln: Vampire Hunter


Yahoo Movies Rating: A


Pelakon:
 
Benjamin Walker sbg. Abraham Lincoln,
Dominic Cooper sbg. Hendry Sturges, tok guru Lincoln
Anthony Mackie sbg.William Johnson, kawan Lincoln
Mary Elizabeth Winstead sbg. Mary Todd Lincoln, Awek dan bini Lincoln
Marton Csokas sbg. Jack Barts, Vampire yang bunuh mak Lincoln.


Filem ni adalah contoh penggunaan ilmu putar alam peringkat ke lapan. bagi mereka-mereka yang kini sedang mendalami ilmu ni buleh la tengok cerita ni, hebat!! hikmat putaran tahap tinggi.

bagi penulis-penulis tempatan yang tengah kembang kuncup, kembang kuncup carik idea nak tulis buku nah! tengok sendiri... apa yang hebat pada aku cerita ni mengaitkan karekter sebenar dengan fiksi mitos dengan sangat baik. hah! untuk pengetahuan, filem ni jugak adalah adaptasi daripada novel macam banyak filem-filem lain baru-baru ni.



Abraham Lincoln, sebelum dia jadi presiden, dia jugak adalah rakyat marhain, ada suka duka dan susah senang, tengok sendiri macam mana depa kaitkan peristiwa-peristiwa dalam sejarah dengan mitos.

sedikit cerita pasal latar belakang cerita:-

kisah menceritakan macam mana mak Lincoln kena bunuh masa kecik dan dia dengan marahnya nak balas dendam tapi tak berdaya sebab pembunuh mak dia adalah vampire dan dia pulak hanyalah insan marhain (sekali lagi gua ulang perkataan marhain ahahahaha). masa dia hampir kena bunuh dengan vampire yang bunuh mak dia, dia di selamatkan oleh sorang otai pemburu vampire yang lepas tu jadi tok guru dia.

bila dia dah besar, dah cukup ilmu di dada, dia pun mula bina kareer dia sebagai pemburu vampire. masa ni jugak la latar belakang cerita menunjukkan pergolakan perang saudara yang akhirnya membawa kepada pembentukan negara Amerika dan dia Lincoln sebagai presiden pertama.

pada aku, cerita ni patut tengok dan pada aku jugak, cerita ni rugi kalau tak tengok. untuk yang gi tengok wayang sekadar untuk berhibur, anda pasti terhibur, untuk yang gi tengok wayang sebab nak kembangkan pemikiran kreatif, anda pasti berkembang... tak percaya? suka hati korang lah aku tak kisah sangat sebab aku tau, pada sapa yang percaya pasti tak rugi.

sekian harap makkum :)

Saturday, April 18, 2009

> Coming Soon (Thai)


Genre : Drama
Klasifikasi: 18PL
Tempoh: 113 minit
Online Rating: B -

Pelakon:
Chantawit Tanasaewe, Worakan Rojanawat

Ulasan:

sesuai untuk orang2 yang tak takut2 nak tengok cite seram, sesapa yang suka cite antu siam ke cite antu melayu ke cite antu korea ke tersangatlah sesuainya tengok cite neh. pasti menghantui setiap penonton, kalo berani, tengok ah!

p/s- eden tak berani !^_^

moral cite neh! jangan bawak kamera masuk wayang. jangan curi wayang buat VCD lanun. dan banyak lagi moral2 yang sewaktu dengannya.



!^_^

"support jambulism"


> Paul Blart: Mall Cop (Omputeh)


Genre : Komedi
Klasifikasi: U
Tempoh: 91 minit
Online Rating: B -

Pelakon:

Dylan Clark Marshall, Erick Avari, Keir O’Donnell, Kevin James

Ulasan:
cite lawak terkini dari seberang laut (yang sangat jauh). peminat2 afdlin syauki tak patut tak tengok cite neh, dikategorikan sebagai lawak bersih, sesuai la sesangatnya untuk tontonan famili.

cite dia pasa sorang pak guard yang sangat serius dengan tugas dia. cita2 dia nak jadi polis, tapi malangnya tak mampu maka jadi sekeriti gad pun jadilah tapi sebab dia berjiwa polis maka dia dah jadi macam polis gad. cerita dia lawak. kena tengok dengan hati yang terbuka sebab kekadang tu ada la lawak dia yang agak2 bodoh tapi percayalah, budak2 mesti suka dan pengakuan eklasnya, saya sebagai orang tua pun suka jugak :P



!^_^


> Crossing over (omputeh)


Genre : Drama
Klasifikasi: 18PL
Tempoh: 113 minit
Online Rating: B -

Pelakon:
Ashley Judd, Harrison Ford, Ray Liotta, Sean Penn

Ulasan:

filem neh sesuai untuk orang orang yand suka cite banyak cakap, kurang aksi, menghiburkan pada sesapa yang minat cite Babel ataupun cite Crash.

cite dia pasal pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pegawai imigresen, yaaahhh, jangan pelik! kat US pun ada cite pasal pendatang tanpa izin gak, bukan kat Malaysia je... cite dia pasal kisah-kisah memacam pengalaman hidup PATI yang nak dapat permit duduk kat US. cite dia jadi lebih menarik sebab pengarah dia Wayne Kramer dulu pun pendatang tanpa izin gak, jadi banyak lah realistisiti dalam cite neh.

pelakon2 dia banyak yang bagus jadi walaupun drama, cite neh tetap menghiburkan. sesuai untuk bakat2 terpendam industri filem negara untuk mendalami teknik2 penguasaan karekter pada tahap internasional..

kat bawah neh lori kontena dia..

kesian rahap lakmum!




Friday, April 10, 2009

> He's Just Not That Into You (Omputeh)

Genre : Komedi
Klasifikasi: 18PL (baru)- so jangan gegatal nak bawak budak kecik tengok cite neh!
Tempoh: 120 minit
Online Rating: A

Pelakon

Ben Affleck, Drew Barrymore, Jennifer Aniston, Jennifer Connelly, Justin Long, Scarlett Johansson

Ulasan


pelakon dia ramai yang best best, pada aku cite ni beh ah, kepada sesapa yang berjiwa sinis dan romantik cam aku sesangat la sesuainya menonton cite neh, nak kata jiwang, tak la jiwang sangat, nak kata tak jiwang takde la tak jiwang sangat so macam Mohd Pendek kawan aku kata, sedang2 elok laaa....hiburan umum

tengok rating dia kat atas tuh, ramai yang dah tengok kata beh, so apa lagi, marilah membestkan diri sendiri di hehujung minggu dan waktu2 yang semasa dengannya.

neh lori kontena dia kat bawah neh!



sila skrol ke kanan dan ke bawah sket, haaa tu ada link TGV ngan GSC kat bawah tu, gi booking tiket cecepat.

!^_^

"support jambulism"

film movies entertainment teenage boys men girl fun weekend thriller action coming soon review actor actress acting cinema games video dvd music travel money income business shirt phone education online buying shopping guide women loan car mobile shoes watch jewelery cosmetic opportunities idea adsense nuffnang asia malaysia handphone anime comic forex trading degree